Posts

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 (Tema: Petua Kembara) [E-Buku]

Image
Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 (Tema: Petua Kembara) Pada 27-29 Februari 2024, pasukan Tulis Pantun bersama The EAGLE Center (tEC) telah menganjurkan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 yang bertemakan "Petua Kembara". E-buku ini menghimpunkan kesemua 97 karya penyertaan dalam sayembara, termasuk karya pemenang dan senarai pendek juri. Terjemahan Amino menggalas peranan selaku penerbit e-buku ini. /p> Hebahan poster Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 (Pautan dalam kod QR tidak lagi berjalan) Keputusan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 dan Karya-Karya Pemenang Pasukan Tulis Pantun: Al-Ameen MK (Juri 1 & Pengarah Sayembara) Noreen Nattassa (Juri 2) Sharil Kasak (Juri 3) Rafeah MK (Tukang Grafik) Penyumbang Dana Hadiah: GREAT ESCAPE ENT. (RM200) - Hadiah utama & sagu hati pemenang Facebook: https://www.facebook.com/TripkasijadiMY/ Instagram: https://www.instagram.com/tripkasijadimy/ Hamba Allah 1 (3x Beg kait) - Hadiah tiga pemenang uta

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 (Tema: Impianku 2024) [E-Buku]

Image
Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 (Tema: Impianku 2024) Pada 29-31 Disember 2023, pasukan Tulis Pantun bersama The EAGLE Center (tEC) menganjurkan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 yang bertemakan "Impianku 2024". E-buku ini menghimpunkan kesemua 63 karya penyertaan dalam sayembara, termasuk karya pemenang dan senarai pendek juri. Terjemahan Amino menggalas peranan selaku penerbit e-buku ini. Hebahan poster Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 (Pautan dalam kod QR tidak lagi berjalan) Keputusan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 dan Karya-Karya Pemenang Pasukan Tulis Pantun: Al-Ameen MK (Juri 1 & Pengarah Sayembara) Noreen Nattassa (Juri 2) Sharil Kasak (Juri 3) Rafeah MK (Tukang Sijil) Penyumbang Dana Hadiah: The EAGLE Center (RM200) Petugas E-Buku: Penyelenggara: Al-Ameen MK Penyunting & Penyemak: Noreen Nattassa Reka Kulit dan Reka Letak Buku: Rafeah MK Statistik Penyertaan Sayembara: Jumlah Penyertaan: 87 Karya Ikut tema/ format: 63 ka

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 (Tema: Ilmu dan Adab) [E-Buku]

Image
Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 (Tema: Ilmu dan Adab) Pada 28-30 September 2023, pasukan Tulis Pantun bersama The EAGLE Center (tEC) menganjurkan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 yang bertemakan "Ilmu dan Adab". E-buku ini menghimpunkan kesemua 69 karya penyertaan dalam sayembara, termasuk karya pemenang dan senarai pendek juri. Terjemahan Amino menggalas peranan selaku penerbit e-buku ini. Hebahan poster Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 (Pautan dalam kod QR tidak lagi berjalan) Keputusan Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 dan Karya-Karya Pemenang Pasukan Tulis Pantun: Al-Ameen MK (Juri 1 & Pengarah Sayembara) Noreen Nattassa (Juri 2) Rafeah MK (Tukang Sijil) Penyumbang Dana Hadiah: The EAGLE Center (RM50) Penyumbang tanpa nama (RM150) Petugas E-Buku: Penyelenggara: Al-Ameen MK Penyunting & Penyemak: Noreen Nattassa Reka Kulit & Reka Letak Buku: Rafeah MK

Perbankan Islam bersama Safdar Alam @ Reruang Twitter

Image
Tangkap Layar Reruang "Perbankan Islam- Safdar Alam 9 Malam". Dari kiri, @magmalaya, @AidFawzal, @TerjemahanAmino (saya), dan @SafdarAlam. Pada malam 20 Januari 2022, saya berpeluang menjadi jurubahasa berturut untuk reruang Twitter yang dianjurkan oleh @magmalaya. Reruang ini, "Perbankan Islam - Safdar Alam 9 malam" berlangsung sekitar 9 malam sehingga 11 malam. Reruang ini disediakan selaku wadah untuk Safdar Alam (Twitter: @SafdarAlam) mengongsikan pandangan dan pegangan beliau tentang perbankan Islam, berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Sejagat Penstrukturan Islam bagi JPMorgan. Selepas pengenalan awal, reruang ini diselang-selikan antara tanyaan orang awam dan jawapan beliau. Saya diberikan tugas untuk membantu pengacaraan bersama @magmalaya dan @AidFawzal, mengalih perkongsian Safdar daripada Inggeris kepada Melayu, dan mengalih tanyaan para pendengar daripada Melayu kepada Inggeris. Reruang semakin panas apabila Safdar memberikan ulasan yang aga

Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia (E-Buku)

Image
Olokan Buku "Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia" Olokan Buku Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia Sering kali, kesukaran mencari bahan bacaan budaya menjadi dinding pemisah untuk rakyat Malaysia berkenalan budaya satu sama lain. Dengan tujuan merapatkan jurang antara suku, buku ini menghimpunkan 123 puisi tentang budaya kaum-kaum di Malaysia untuk tatapan kita bersama.