Posts

Showing posts from January, 2022

Perbankan Islam bersama Safdar Alam @ Reruang Twitter

Image
Tangkap Layar Reruang "Perbankan Islam- Safdar Alam 9 Malam". Dari kiri, @magmalaya, @AidFawzal, @TerjemahanAmino (saya), dan @SafdarAlam. Pada malam 20 Januari 2022, saya berpeluang menjadi jurubahasa berturut untuk reruang Twitter yang dianjurkan oleh @magmalaya. Reruang ini, "Perbankan Islam - Safdar Alam 9 malam" berlangsung sekitar 9 malam sehingga 11 malam. Reruang ini disediakan selaku wadah untuk Safdar Alam (Twitter: @SafdarAlam) mengongsikan pandangan dan pegangan beliau tentang perbankan Islam, berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Sejagat Penstrukturan Islam bagi JPMorgan. Selepas pengenalan awal, reruang ini diselang-selikan antara tanyaan orang awam dan jawapan beliau. Saya diberikan tugas untuk membantu pengacaraan bersama @magmalaya dan @AidFawzal, mengalih perkongsian Safdar daripada Inggeris kepada Melayu, dan mengalih tanyaan para pendengar daripada Melayu kepada Inggeris. Reruang semakin panas apabila Safdar memberikan ulasan yang aga