Perbankan Islam bersama Safdar Alam @ Reruang Twitter

Tangkap Layar Reruang "Perbankan Islam- Safdar Alam 9 Malam". Dari kiri, @magmalaya, @AidFawzal, @TerjemahanAmino (saya), dan @SafdarAlam.

Pada malam 20 Januari 2022, saya berpeluang menjadi jurubahasa berturut untuk reruang Twitter yang dianjurkan oleh @magmalaya. Reruang ini, "Perbankan Islam - Safdar Alam 9 malam" berlangsung sekitar 9 malam sehingga 11 malam.

Reruang ini disediakan selaku wadah untuk Safdar Alam (Twitter: @SafdarAlam) mengongsikan pandangan dan pegangan beliau tentang perbankan Islam, berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Sejagat Penstrukturan Islam bagi JPMorgan. Selepas pengenalan awal, reruang ini diselang-selikan antara tanyaan orang awam dan jawapan beliau.

Saya diberikan tugas untuk membantu pengacaraan bersama @magmalaya dan @AidFawzal, mengalih perkongsian Safdar daripada Inggeris kepada Melayu, dan mengalih tanyaan para pendengar daripada Melayu kepada Inggeris.

Reruang semakin panas apabila Safdar memberikan ulasan yang agak terus dan tidak berlapik tentang sikap muslim Malaysia terhadap perbankan Islam dan riba; mempertikai cara perbankan Islam melimunkan riba; juga penjelasan bagaimana para ulama boleh 'terharuskan' perbankan Islam. Semasa ini berlangsung, bermacam mesej dihantarkan kepada @magmalaya untuk bertanya dan menyanggah apa yang dibawakan Safdar. Namun dek kekangan masa, tidak semua dapat diajukan.

Harapannya pada masa mendatang, reruang sebegini dapat dianjurkan lagi dengan mengundang tokoh tempatan yang menyokong perbankan Islam.



Tentang Safdar Alam:

Bekas Ketua Sejagat Penstrukturan Islam bagi JPMorgan, Ketua Pegawai Pelaksana Maydan Capital, Lembaga Penasihat bagi Wahed Invest Kerajaan Bersatu, dan sukarelawan Siyam Capital. Twitter: @SafdarAlam. https://www.safdaralam.co.uk/

Comments

Popular posts from this blog

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-2 (Tema: Ilmu dan Adab) [E-Buku]

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-3 (Tema: Impianku 2024) [E-Buku]

Himpunan Karya Peserta: Sayembara Ketot Menulis Pantun Ke-4 (Tema: Petua Kembara) [E-Buku]