Catatan

Perbankan Islam bersama Safdar Alam @ Reruang Twitter

Imej
Tangkap Layar Reruang "Perbankan Islam- Safdar Alam 9 Malam". Dari kiri, @magmalaya, @AidFawzal, @TerjemahanAmino (saya), dan @SafdarAlam. Pada malam 20 Januari 2022, saya berpeluang menjadi jurubahasa berturut untuk reruang Twitter yang dianjurkan oleh @magmalaya. Reruang ini, "Perbankan Islam - Safdar Alam 9 malam" berlangsung sekitar 9 malam sehingga 11 malam. Reruang ini disediakan selaku wadah untuk Safdar Alam (Twitter: @SafdarAlam) mengongsikan pandangan dan pegangan beliau tentang perbankan Islam, berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Ketua Sejagat Penstrukturan Islam bagi JPMorgan. Selepas pengenalan awal, reruang ini diselang-selikan antara tanyaan orang awam dan jawapan beliau. Saya diberikan tugas untuk membantu pengacaraan bersama @magmalaya dan @AidFawzal, mengalih perkongsian Safdar daripada Inggeris kepada Melayu, dan mengalih tanyaan para pendengar daripada Melayu kepada Inggeris. Reruang semakin panas apabila Safdar memberikan ulasan yang aga...

Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia (E-Buku)

Imej
Olokan Buku "Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia" Olokan Buku Puisi Nilai-Nilai Malaysia: Mengabadikan Budaya Malaysia Sering kali, kesukaran mencari bahan bacaan budaya menjadi dinding pemisah untuk rakyat Malaysia berkenalan budaya satu sama lain. Dengan tujuan merapatkan jurang antara suku, buku ini menghimpunkan 123 puisi tentang budaya kaum-kaum di Malaysia untuk tatapan kita bersama.